Friday, January 21, 2011

STUDIO dan GALERI anaswandi





Bulan November lalu saya sempat menjengah Studio dan Galeri sahabat yang berada jauh nun di utara, pelukis Anaswandi yang berlokasi di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar KEDAH. Kebetulan masa tu ada seminar di USM jadi sempatlah lepak dengan beliau sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman di Kangar, Perlis. Bertemu dan bersembang panjang dengan beliau memberi saya lebih makluman pengalaman beliau sebagai pelukis. Pertemuan yang memang diaturkan ini adalah sebahagian dari tugasan dan penyelidikan di lapangan saya, berkenaan dengan penggunaan bahan bukan konventional dalam penghasilan karya kontemporari oleh pelukis kini khususnya pada koleksi BSLN dan beliau adalah salah seorang dari target untuk maklumat yang saya inginkan.

0 comments: