Tuesday, February 15, 2011

Wayang Kulit, bersambung selepas 7 tahun.

Terakhir penyelidikan ini dijalankan adalah pada tahun 2004. selepas itu, ianya terhenti untuk seketika atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. dalam tempoh itu juga pakar rujuk kami iaitu Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran tok dalang Dollah Baju Merah ketika itu telah menghembuskan nafasnya terakhir pada tanggal 27 Sept. 2005. Kini, setelah ruang dan peluang diperolehi kami ( aku dan rosli ) mengumpul kembali maklumat berkenaan dengan wayang kulit yang merupakan sebahagian dari Koleksi Himpunan Tetap BSLN. Maklumat yang dikumpul ini adalah merangkumi nama-nama watak, jalan cerita yang terlibat hinggalah kepada sebarang peralatan dan perkara yang berkaitan dengan dunia wayang kulit kelantan dengan menfokuskan kepada Tok Dalang Dollah Baju Merah bersama dengan Anak Murib sulung beliau, Mohamad Zaini atau lebih dikenali dengan abg. zaini.

0 comments: