Suatu ketika dulu sekitar awal tahun 70-an, beliau pernah menjadi pelukis tamu di Universiti Malaya (UM) dan terdapat karya-karya beliau pada masa itu yang sukar dilihat ada di sana. Beliau menghasilkan karya tanpa mengenal medium, gigih berekplorasi dan berekperimentasi. Dari kanvas ke masonite bod hinggalah dinding simen. karya-karya hasil seni beliau ada setengahnya tidak direkodkan namun masih boleh dilihat.
saya mempunyai peluang yang tidak dilepaskan di UM. Pengalaman sebelum ini dengan catan dinding di Melaka memberi saya kesempatan untuk merawat salah satu karya IB yang dihasilkan atas dinding simen atau lebih dikenali sebagai Mural Dinding. Karya mural ini dihasilkan oleh beliau pada sebuah bangunan yang dulunya dijadikan sebagai setor sukan. Ramai kakitangan dan pelajar ketika itu mengunakan tempat ini sebagai aktiviti riadah. Dihadapan bangunan ini ada sebuah padang yang boleh memuatkan aktiviti bermain bola jaring.
saya amati rakaman foto lama, simpanan pihak dokumentasi UM. Berguna utk rujukan nanti. imej-imej dari karya ini merupakan figura dengan aksi sukan yang dilukis dengan gaya abstrak. beberapa persoalan bermain dalam kotak fikir...
kenapa bangunan ini dijadikan tempat beliau berkarya?
kenapa pula mural ini disapu dengan cat putih hingga tutup keseluruhan karya?
kenapa....kenapa dan kenapa.... banyak yang perlu dirungkaikan.
persoalan-persoalan ini akan dilihat semula.
ruang ini yang akan saya cabar. berjaya atau tidak bergantung kepada perjalanan rawatan yang bakal saya dan sahabat-sahabat lain jalankan nanti. InsyaAllah... semoga salah satu karya IB dapat kami selamatkan.
Keadaan bangunan kini, holding dipasang untuk kerja-kerja menaik taraf bangunan dan kerja-kerja konservasi mural IB yang bakal dijalankan.
keadaan bangunan pada awal tahun 70-an